PERMAI AGIHKAN 620 PEK DAGING DALAM PROGRAM QURBAN 1447H

Bandar Seri Begawan, 28 Mei – Persatuan Masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam (PERMAI) telah melaksanakan Program Ibadah Qurban 1447H/2026M bertemakan “Menebar Kepedulian, Menguatkan Persaudaraan” di kediaman Hj. Samsudin dan Hjh. Khomsida, Kampung Sungai Tilong.

Program yang berlangsung dengan semangat gotong-royong itu melibatkan lebih 400 peserta dan tetamu terdiri daripada anggota masyarakat Indonesia, kakitangan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI), wakil komuniti kedaerahan serta sukarelawan daripada pelbagai syarikat di Brunei Darussalam.

Turut hadir ialah Deputy Chief of Mission (DCM) Kedutaan Besar Republik Indonesia, Ibu Roos Diana Iskandar, yang juga merupakan salah seorang peserta qurban tahun ini, serta Atase Pertahanan Republik Indonesia Kolonel Inf. Bpk.Gamma Arthadilla Sakti.

Pada tahun ini, PERMAI berjaya melaksanakan penyembelihan sebanyak dua ekor sapi, seekor kerbau dan 12 ekor kambing. Hasil qurban tersebut diagihkan dalam 620 pek daging kepada peserta qurban dan penerima yang telah dikenal pasti.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh wakil Ketua Panitia, Bpk.Beni Hanafi, pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada para peserta qurban, penyumbang dan sukarelawan yang bersama-sama menjayakan program berkenaan. Beliau turut menekankan bahawa ibadah qurban bukan sekadar penyembelihan haiwan, tetapi juga medan memupuk keikhlasan, kepedulian sosial dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Sementara itu, wakil KBRI Bandar Seri Begawan, Bpk.Agus Buana selaku Head of Chancery (HOC), menyampaikan penghargaan atas komitmen PERMAI yang secara konsisten menganjurkan program qurban setiap tahun. Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai medium memperkukuh nilai pengorbanan, kepedulian dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Majlis turut menyaksikan penyerahan simbolik daging qurban kepada wakil amil dan peserta qurban sebelum diteruskan dengan jamuan makan tengah hari, proses pembungkusan serta pengagihan daging kepada para penerima.

Program ini mencerminkan semangat kerjasama dan kesukarelawanan yang menjadi asas kepada pengukuhan hubungan masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam.

MEDIA PERMATA : https://mediapermata.com.bn/620-pek-daging-korban-diagihkan/

BORNEO BULETTIN : https://borneobulletin.com.bn/sharing-aidiladha-korban-blessings/

Lihat Siaran Pers Dan Agenda Lainnya

PERMAI AGIHKAN 620 PEK DAGING DALAM PROGRAM QURBAN 1447H

PERMAI HIMPUNKAN KOMUNITI DALAM MAJLIS HALAL BIHALAL 2026 DI KIULAP

PERMAI Anjur Majlis Peringatan Nuzulul Quran di Dewan Al-Falaah

PERMAI Anjur Program Tarhib Ramadhan dan Bersih Pantai di Muara

PERMAI 3.0: Inklusif, Bersatu, Berdaya & Melangkah ke Masa Depan

https://heylink.me/ace99play1st/

alpha4d login

alpha4d

gamespools

situs slot deposit qris

bandar situs slot gacor

ace99play

ace99play login

ace99play login

ace99play

bandar situs slot gacor