PERMAI Anjur Program Tarhib Ramadhan dan Bersih Pantai di Muara

MUARA, 17 FEB — Persatuan Masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam (PERMAI) telah menganjurkan Program Tarhib Ramadhan dan Aksi Bersih Pantai di Pantai Muara pada Selasa, yang dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada ahli persatuan, jemputan khas, tenaga pengajar serta rombongan pelajar Universiti Darussalam Gontor.

Program dimulakan dengan penanaman 70 pokok kelapa diikuti kempen membersihkan kawasan pantai sebagai usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta menyemarakkan persiapan menyambut bulan Ramadhan.

Ucapan turut disampaikan oleh Ketua Panitia dan Presiden PERMAI, Prof. Madya Dr. Muhamad Abduh yang merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama menjayakan program tersebut.

Dua ceramah bertemakan Ramadhan turut diadakan iaitu mengenai manfaat puasa terhadap kesihatan jasmani serta kepentingan pengendalian diri dan taqwa sepanjang bulan Ramadhan.

Acara turut diserikan dengan kuiz, aktiviti kanak-kanak serta penyampaian hadiah sebelum diakhiri dengan jamuan bagi para peserta.

Gambar: Ahli PERMAI bersama para peserta semasa Program Tarhib Ramadhan dan Aksi Bersih Pantai di Pantai Muara. — Gambar serahan PERMAI

MEDIA PERMATA : https://mediapermata.com.bn/pupuk-kesedaran-alam-sekitar-melalui-aktiviti-kempen/

BORNEO BULLETIN : https://borneobulletin.com.bn/ramadhan-preparations-bring-community-together/

Lihat Siaran Pers Dan Agenda Lainnya

PERMAI HIMPUNKAN KOMUNITI DALAM MAJLIS HALAL BIHALAL 2026 DI KIULAP

PERMAI Anjur Majlis Peringatan Nuzulul Quran di Dewan Al-Falaah

PERMAI Anjur Program Tarhib Ramadhan dan Bersih Pantai di Muara

PERMAI 3.0: Inklusif, Bersatu, Berdaya & Melangkah ke Masa Depan

https://heylink.me/ace99play1st/

alpha4d login

alpha4d

gamespools

situs slot deposit qris

bandar situs slot gacor

ace99play

ace99play login

ace99play login

ace99play

bandar situs slot gacor