PERMAI HIMPUNKAN KOMUNITI DALAM MAJLIS HALAL BIHALAL 2026 DI KIULAP

Bandar Seri Begawan, 3 Mei 2026 – Persatuan Masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam (PERMAI) telah menganjurkan Majlis Halal Bihalal 2026 bertemakan “Bersatu di Perantauan, Merajut Kebersamaan” di Dewan Impian Kiulap, yang menghimpunkan lebih 467 hadirin daripada pelbagai lapisan komuniti Indonesia di negara ini.

Majlis turut dihadiri oleh Deputy Chief of Mission (DCM) Kedutaan Besar Republik Indonesia, Roos Diana Iskandar serta Atase Pertahanan Republik Indonesia Kolonel Inf. Gamma Arthadilla Sakti.

Acara dimulakan dengan majlis pembukaan yang merangkumi bacaan doa, tilawah Al-Quran serta ucapan Ketua Panitia, Drh. Ahmad Munawar Ayub yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak dan menekankan kepentingan semangat memaafkan tanpa batas waktu, di samping menggalakkan sokongan terhadap usaha komuniti sebagai lambang kebersamaan.

Presiden PERMAI, Prof. Madya Dr. Muhamad Abduh pula menegaskan bahawa majlis ini menjadi wadah memperkukuh ukhuwah serta mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat di perantauan.

Pelbagai pengisian diadakan termasuk persembahan selawat, tarian tradisional serta sesi ramah mesra dalam suasana penuh harmoni. Majlis turut menyaksikan penyampaian santunan kepada 16 anak yatim sebagai tanda keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan tengah hari sebelum diakhiri dengan doa penutup dan sesi bergambar.

Program ini diharap dapat terus mengeratkan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta memupuk semangat saling menyokong dalam kalangan masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam.

MEDIA PERMATA : https://mediapermata.com.bn/halal-bihalal-perkukuh-perpaduan-komuniti-indonesia/

Lihat Siaran Pers Dan Agenda Lainnya

PERMAI HIMPUNKAN KOMUNITI DALAM MAJLIS HALAL BIHALAL 2026 DI KIULAP

PERMAI Anjur Majlis Peringatan Nuzulul Quran di Dewan Al-Falaah

PERMAI Anjur Program Tarhib Ramadhan dan Bersih Pantai di Muara

PERMAI 3.0: Inklusif, Bersatu, Berdaya & Melangkah ke Masa Depan

https://heylink.me/ace99play1st/

alpha4d login

alpha4d

gamespools

situs slot deposit qris

bandar situs slot gacor

ace99play

ace99play login

ace99play login

ace99play

bandar situs slot gacor